Wednesday, 4 April 2012

Kebudayaan Negeri Sabah

Etnik Sabah dalam Kepelbagaian Kebudayaan

Pengenalan
Negeri Sabah mempunyai tidak kurang  dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah  negeri yang kaya dengan tarian  kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan.
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.  Etnik terbesar  di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.
Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat  dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

etnik-sabah2
Kadazan Dusun Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah  yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun  digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan  budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

Tarian Sumazau
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan  dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan  tuaian  baik dan  disambut oleh semua kaum lain Sabah.

Masyarakat Bajau
bajausabah01
Persandingan Masyarakat Bajau
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau  mendiami  kawasan Semporna dan Kota Belud.  Kaum lelaki dalam kalangan  masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.
Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam.
Tarian Brunsai
Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki.
Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.
Tarian Limbai
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke  rumah untuk melakukan istiadat  pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

Murut
sabah02
                                                                                   Pakaian tradisional Murut
sabahlansaran_murut
        Tarian lansaran masyarakat Murut

Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi  tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan  pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum  pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.
Tarian Magunatip
Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan lagi sesuatu upacara yang  diadakan.
Tarian Lansaran
Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian  lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring.
Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim . Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.
Suku-suku yang lain:
 
Suku Momogun RungusRungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar  Kudat.  Kebanyakan suku kaum Momogun Rungus adalah  menganut agama Kristian.
Tarian Sumundai Monggigol
Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Alatan muzik yang digunakan terdiri daripada 4 buah gong dan gendang yang dinamakan 'Tontog'. Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakkan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, upacara pemujaan semangat, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa.

Suku IranunIranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Ini bagi mewujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang  berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.
Mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain.
Suku Idaaan
Idaan adalah  etnik yang  menetap terutamanya di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah.  Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 ,  etnik ini memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur  di kawasan penempatan  mereka. Sebahagian besarnya adalah muslim, tetapi sebahagian kecil suku kaum yang dikenali sebagai Begaak adalah  animist.
Selama beberapa abad etnik Idaan telah memiliki mekanisme sosial berasaskan  sejarah. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai kumpulan korporat berkait rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang.


Suku BisayaBisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Kedatangan  Islam dalam  kaum Bisaya adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian.
Bangsa Bisaya adalah suku  kaum  asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Kemahiran suku kaum ini dalah dalam bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan.  Selain itu mereka juga menternak ayam, itik, angsa,  lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka  selain mahirr menangkap ikan.
Tarian Bubu
Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan  semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan  masuk rumah baru.  Mereka percaya kepada kuasa ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara komunikasi bagi mereka dengan dunia lain.

Suku Suluk Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. . Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,T uaran dan Telipok
 Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang  membawa maksud "Orang dari Sulu".
Tarian Balok-balok
Tarian Bolak-Bolak adalah  tarian suku   kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni.
Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.

Suku TidungSuku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran.
Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni.
Tarian Zapin
Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam  terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.


KesimpulanMasyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling  bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam  keadaan  kepelbagaian  budaya dan menarik perhatian ramai pelancong luar  ke negeri ini.

Budaya Negeri Sembilan

IDENTITI DAN BUDAYA NEGERI SEMBILAN

1.  Adat  :-  Adat Perpatih
2.  Bangunan  :-  Rumah Tradisional Berbumbung Lentik
3.  Bunga  :-  Bunga Tanjung
4.  Haiwan  :-  Kerbau
5.  Juadah  :-  Lemang
6.  Kuih-muih  :-  Penganan dan cucur
7.  Lagu  :-  Bongai
8.  Lambang  :-  Istana Seri Menanti
9.  Masakan  :-  Masak Lemak Lado Api
10.  Minuman  :-  Air Jando Pulang
11.  Muzik  :-  Caklempong dan Tumbuk Kalang
12.  Pakaian  :-  Baju Melayu (Lelaki), Baju Kurung (Perempuan)
13.  Permainan  :-  Dam Melayu
14.  Senjata  :-  Cangai Puteri
15.  Tarian  :-  Endang
16.  Produk Kraftangan  :-  Buluh dan Rotan
17.  Buah Tangan/ 'Hamper'  :-  Produk-produk kuih tradisional Negeri Sembilan dan digalakkan diisi dalam bekas rotan / buluh
18.  Bahasa Klasik  :-  Sila klik di sini

Rancangan Mengajar



RANCANGAN MENGAJAR
Nama Kelas : Kelas Ceria
Bilangan Murid :  25 orang
Umur : 5 Tahun
Minggu&Hari : 6 & Khamis
Cadangan masa:  40 minit
Tema: -
Tunjang utama : Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains)
Tunjang disepadukan : Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika (Kreativiti)
Standard pembelajaran utama:                 
(ST 13.5.1.5) Bekerjasama dengan kawan-kawan dalam bilik darjah  semasa menggunakan komputer
(KTI 1.1.5) Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu

Objektif pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh:
        i.            Murid-murid dapat bantu- membantu dengan kawan-kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan computer

      ii.            Murid-murid dapat mewarnakan gambar dalam ruang tertentu

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah dapat bekerjasama dengan kawan-kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan komputer.
Penerapan nilai :Memberi respon,yakin, berani, bersungguh-sungguh, peka, rajin
Alat Bantu Mengajar ( ABM ) : Bendera, komputer, slide show, lembaran kerja.
KBKK :Menjana idea            
Langkah
Masa

          AktivitiPengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
AKTIVITI GURU
AKTIVITI PELAJAR

Set Induksi
(5minit )

-Guru masuk ke dalam bilik makmal dengan membawa 14 batang bendera

-Guru menerangkan kesemua 14 buah negeri dengan menggunakan bendera mengikut negeri..

-Murid-murid melihat apa yang dibawa oleh guru dengan pandangan yang berbeza-beza.

-Murid-murid mendengar dengan tekun apa yang diterangkan oleh guru.


ABM : Bendera

Objektif :-

Nilai : Tekun

KBKK : Menjana idea

Langkah 1
(10minit)

-Guru bersoal jawab mengenai negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.



-Guru menunjukkan gambar bendera dengan menggunakan slide show.










-Murid-murid memberi respon yang baik dan menjawab setiap soalan yang disoal  oleh guru mereka.

-Murid-murid melihat dengan bersungguh-sungguh apa yang ditunjukkan oleh guru pada Slide show.



ABM : Slide show

Objektif : -


Nilai: Memberi respon, bersunguh-sunggh

KBKK : Menjana idea



Langkah 2
(15minit)

-Guru membahagikan setiap satu buah komputer kepada dua orang murid dan setiap pasangan bendera yang berlainan dalam program paint.

-Selepas itu, guru meminta murid mewarnakan bendera yang telah disediakan oleh guru di program paint tersebut.

-Murid-murid memberi respon yang baik dan mendengar dengan peka apa yang diarahkan oleh guru mereka.


-Murid-murid sangat gembira dan tidak sabar uneuk mewarnakan bendera dengan rajin dan bersungguh-sungguh.

ABM : Komputer

Objektif : (i) & (ii)

Nilai :peka, gembira, bersungguh-sunnguh, memberi respon, rajin

KBKK : Menjana idea

Langkah 3
(5 minit)

-Kemudian, guru memberikan lembaran kerja kepada murid –murid dengan meminta mereka padankan setiap gambar negeri-negeri dengan perkataan yang telah disediakan.






-Murid-murid memberi respon  membuat lembaran kerja yang diberikan oleh guru mereka dengan padankan gambar negeri dengan perkataan yang telah disediakan dengan rajin dan bersungguh-sungguh.

ABM : Lembaran kerja

Objektif : (i) & (ii)

Nilai :Rajin, bersungguh-sungguh, memberi respon

KBKK : Menjana idea

Penutup
(5minit)

-Guru meminta murid-murid menghantar lembaran kerja  dihadapan


-Guru bersoal jawab dengan murid-murid apa yang dipelajari pada hari ini iaitu menerangkan negeri-negeri yang terdapat di dalam Malaysia serta bendera.

-Murid mendengar arahan guru dan menghantar lembaran kerja  dihadapan.

-Murid-murid member respon yang baik dan menjawab soalan guru dengan yakin dan bersungguh-sungguh apa yang dipelajari pada hari ini.

ABM : Lembaran kerja

Objektif : (i) & (ii)

Nilai : Memberi respon, yakin, bersungguh-sungguh

KBKK : Menjana idea





















LEMBARAN KERJA
Padankan bendera di bawah.

                                                              


                                                                           PERLIS

                                                                       

                                                                         
                                                                         MELAKA

                                                                      


  

                                                                          PERAK


Tarian kebudayaan Negeri Johor

Tuesday, 3 April 2012

Budaya Negeri Kelantan

Suatu ketika dahulu, Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek) yang terkenal di negeri Kedah dan Perlis juga dikatakan pernah bertapak di negeri Kelantan. Pada masa kini kerajaan Kelantan mengharamkan persembahan Wayang Kulit Gedek. Ia kini telah lenyap dari negeri Kelantan.
Main Puteri bermula sebagai satu cara perubatan alternatif dengan menggunakan alunan muzik yang menarik dan mempunyai sebahagian daripada kepercayaan animisme. Bagaimanapun ia kini telah berubah dan merupakan suatu bentuk hiburan. Pada masa kini kerajaan Kelantan mengharamkan Main Puteri.
Namun begitu, kerajaan Kelantan telah menapis permainan sama ada permainan atau hiburan yang boleh memesongkan akidah mengikut syarak yang ditetapkan oleh agama atau permainan yang berunsur perubatan dan yang jelas mempengaruhi perspektif masyarakat Kelantan.
Salah satu budaya yang tersohor yang gemar dimainkan oleh masyarakat Kelantan ialah Dikir Barat di mana budaya atau hiburan ini telah tersebar ke seluruh negara dan institusi pengajian tinggi.

Budaya Negeri Perlis

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

KEBUDAYAAN NEGERI PERLIS


Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang Kulit jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.




Monday, 20 February 2012

negeri Melaka

NEGERI MELAKA
Kebudayaan Melaka bermula lebih daripada enam kurun dimana pelbagai adat etnik dan tradisi diadun sempurna. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia. Setiap kumpulan etnik ini memberi citarasa yang berbeza rakyat Melaka yang terkenal sebagai rakyat yang peramah.
Setiap kaum ini memegang teguh tradisi mereka dan ini dapat dilihat melalui makanan, adat keagamaan, festival, budaya, rekabentuk, pemakaian, barang kemas dan kraftangan.
Hari ini Melaka mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada pelancong seperti budaya, adat istiadar, tempat-tempat bersejarah, festival keagamaan, sambutan perayaan tradisional di bandar Melaka serta Alor Gajah dan Jasin.
Organisasi sosial orang Melayu di Melaka dibahagikan kepada dua iaitu mereka yang mengikut Adat Temenggong iaitu si isteri mengikut keluarga si suami dan Adat Perpatih, dimana si suami mengikut keluarga si isteri.
Wanita Melayu memakai pakaian yang longgar dan berlengan panjang yang dinamakan baju kurung dan dipakai bersama kain sarung atau baju yang sedikit ketat yang dinamakan baju kebaya. Lelaki Melayu memakai baju Melayu yang dipakai bersama seluar yang longgar berserta dengan kain yang dikenali sebagai samping yang diikat di pinggang. Untuk majlis perkahwinan dan kenduri, kain songket akan digunakan sebagai kain samping. Tradisi dan karakter lain orang Melayu digambar dalam lagu seperti Dondang Sayang Melayu dan seni mempertahankan diri seperti Silat Melayu.
Kaum Cina datang ke Melaka semenjak perpindahan beramai-ramai orang Cina dari propinsi Selatan di negara Cina. Kaum-kaum seperti Hokkien, Cantonese, Hakka, Teochew dan Hainanese masih mengikut adat istiadat, tradisi, makanan, bahasa dan ciri-ciri kebudayaan mereka.
Kaum India di Melaka adalah orang Tamil dari India Selatan dimana mereka mendiami ladang getah. Walaubagaimanapun, ada juga diantara mereka yang bekerja dalam perniagaan barang kemas, fabrik, peniaga runcit, pedagang dan peminjam wang.
Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.
Seperti juga Baba dan Nyonya, Melaka mempunyai komuniti kecil yang dipanggil Chitty iaitu orang peranakan yang berketurunan India atau anak-anak pedagang India yang berkahwin dengan wanita Melayu. Kampung mereka dikenali sebagai Kampung Chitty dan terletak ke arah barat Jalan Gajah Behrang, satu kilometer daripada barat laut Chinatown. Jalan masuk ke kampung ini dihiasi dengan ukiran gajah bersebelahan dengan Kuil Mutamariman. Seperti juga Kampung Morten, ia adalah kawasan yang indah untuk dilawati dan melihat rumah-rumah kampung yang bercirikan kampung Melayu. Waktu yang terbaik untuk melawat adalah ketika Festival Mariamman atau Pesta Datuk Char-char pada bulan Mei. Ia adalah pesta Hindu dimana anda mungkin berpeluang untuk menyaksikan upacara perkahwinan tradisional kaum India.
Melaka adalah satu-satunya negeri yang mempunyai penempatan Portugis yang diasaskan pada tahun 1930. Penduduknya menamakan tempat ini Padre Sua Chang (Tanah Paderi) sempena dengan pengasasnya. Masyarakat yang tinggal di sini adalah orang Eurasia berketurunan Portugis yang hidup sebagai nelayan. Orang Portugis mengamalkan agama Katolik dan bercakap bahasa Cristang atau Cristao.
Kaum Portugis di Melaka menyediakan kehidupan tradisional, bahasa, adat resam dan musik yang ternyata unik. Tariannya yang paling popular adalah Beranyo dan Frapeirra. Festival Kristian juga di sambut dengan hebat termasuk Hari Krismas, Pesta San Pedra dan Easter.
Tempat-tempat keagamaan yang boleh dilawati termasuk Gereja Christ, Gereja St. Paul, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi, Masjid Kampung Kling, Tokong Cheng Hoon Teng, Masjid Kampung Hulu, Gereja St. Peter, Kuil Sam Poh Kong dan Masjid Tengkera.