RANCANGAN MENGAJAR
Nama Kelas : Kelas Ceria
Bilangan Murid : 25 orang
Umur : 5 Tahun
Minggu&Hari : 6 & Khamis
Cadangan masa: 40 minit
Tema: -
Tunjang utama : Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains)
Tunjang disepadukan : Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika (Kreativiti)
Standard pembelajaran utama:
(ST 13.5.1.5) Bekerjasama dengan kawan-kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan komputer
(KTI 1.1.5) Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu
Objektif pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh:
i. Murid-murid dapat bantu- membantu dengan kawan-kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan computer
ii. Murid-murid dapat mewarnakan gambar dalam ruang tertentu
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah dapat bekerjasama dengan kawan-kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan komputer.
Penerapan nilai :Memberi respon,yakin, berani, bersungguh-sungguh, peka, rajin
Alat Bantu Mengajar ( ABM ) : Bendera, komputer, slide show, lembaran kerja.
KBKK :Menjana idea
Langkah Masa | AktivitiPengajaran Dan Pembelajaran | Catatan | |
AKTIVITI GURU | AKTIVITI PELAJAR | ||
Set Induksi (5minit ) | -Guru masuk ke dalam bilik makmal dengan membawa 14 batang bendera -Guru menerangkan kesemua 14 buah negeri dengan menggunakan bendera mengikut negeri.. | -Murid-murid melihat apa yang dibawa oleh guru dengan pandangan yang berbeza-beza. -Murid-murid mendengar dengan tekun apa yang diterangkan oleh guru. | ABM : Bendera Objektif :- Nilai : Tekun KBKK : Menjana idea |
Langkah 1 (10minit) | -Guru bersoal jawab mengenai negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. -Guru menunjukkan gambar bendera dengan menggunakan slide show. | -Murid-murid memberi respon yang baik dan menjawab setiap soalan yang disoal oleh guru mereka. -Murid-murid melihat dengan bersungguh-sungguh apa yang ditunjukkan oleh guru pada Slide show. | ABM : Slide show Objektif : - Nilai: Memberi respon, bersunguh-sunggh KBKK : Menjana idea |
Langkah 2 (15minit) | -Guru membahagikan setiap satu buah komputer kepada dua orang murid dan setiap pasangan bendera yang berlainan dalam program paint. -Selepas itu, guru meminta murid mewarnakan bendera yang telah disediakan oleh guru di program paint tersebut. | -Murid-murid memberi respon yang baik dan mendengar dengan peka apa yang diarahkan oleh guru mereka. -Murid-murid sangat gembira dan tidak sabar uneuk mewarnakan bendera dengan rajin dan bersungguh-sungguh. | ABM : Komputer Objektif : (i) & (ii) Nilai :peka, gembira, bersungguh-sunnguh, memberi respon, rajin KBKK : Menjana idea |
Langkah 3 (5 minit) | -Kemudian, guru memberikan lembaran kerja kepada murid –murid dengan meminta mereka padankan setiap gambar negeri-negeri dengan perkataan yang telah disediakan. | -Murid-murid memberi respon membuat lembaran kerja yang diberikan oleh guru mereka dengan padankan gambar negeri dengan perkataan yang telah disediakan dengan rajin dan bersungguh-sungguh. | ABM : Lembaran kerja Objektif : (i) & (ii) Nilai :Rajin, bersungguh-sungguh, memberi respon KBKK : Menjana idea |
Penutup (5minit) | -Guru meminta murid-murid menghantar lembaran kerja dihadapan -Guru bersoal jawab dengan murid-murid apa yang dipelajari pada hari ini iaitu menerangkan negeri-negeri yang terdapat di dalam Malaysia serta bendera. | -Murid mendengar arahan guru dan menghantar lembaran kerja dihadapan. -Murid-murid member respon yang baik dan menjawab soalan guru dengan yakin dan bersungguh-sungguh apa yang dipelajari pada hari ini. | ABM : Lembaran kerja Objektif : (i) & (ii) Nilai : Memberi respon, yakin, bersungguh-sungguh KBKK : Menjana idea |
LEMBARAN KERJA
Padankan bendera di bawah.
PERLIS
MELAKA
PERAK
No comments:
Post a Comment